Xiaomi Akan Melabur Sehingga $1 Bilion Di India Untuk Membina Ekosistem Aplikasi

Xiaomi Akan Melabur Sehingga $1 Bilion Di India Untuk Membina Ekosistem Aplikasi

Diterbitkan pada November 20, 2017 oleh .

Xiaomi di China sedia melabur pada pelbagai syarikat startup dalam membangunkan peranti dan aplikasi yang melengkapkan ekosistem Xiaomi. Terkini, dengan populariti jenama berkenaan di India, syarikat pengeluar peranti berkenaan akan turut melakukan perkara sama di India.

Xiaomi dilaporkan akan melabur sekitar $1 bilion di India pada lebih kurang 100 startup untuk tempoh 5 tahun akan datang – sekaligus mengalakkan pertumbuhan ekosistem aplikasi dibawah jenama Xiaomi.

Xiaomi mengatakan mereka akan membuat pelaburan pada sejumlah industri, termasuk kewangan, kandungan, perkhidmatan tempatan, baik-pulih peranti, dan sebagainya.

CEO Xiaomi mengatakan mereka berminat dengan sebarang aplikasi yang meningkatkan kadar penggunaan telefon pintar. Pada masa yang sama, ia secara tidak langsung akan turut mengalakkan pertumbuhan dan tembusan internet mudah-alih di negara berkenaan.

Sebelum ini, di China, Xiaomi telah melabur sekitar $4 bilion pada lebih 300 syarikat untuk tempoh 4 tahun yang lepas.


TIPS & ULASAN