Cari @ Amanz

Denda RM300 untuk kesalahan memandu bukan sesuatu yang baru, malah telah diimplementasi sejak sebelum ini – termasuk untuk kesalahan memandu sambil menggunakan telefon peranti mudah-alih.

Hari ini, perkara berkenaan ditekankan sekali lagi oleh kementerian – mengatakan sesiapa yang didapati memandu sambil menggunakan peranti mudah-alih akan dikenakan denda sebanyak RM300.

JPJ dan pihak berkuasa turut akan mempertingkatkan pemantauan – dimana dua jenis kamera akan digunakan untuk merakam – satu berbentuk statik dan satu lagi berbentuk mudah-alih. Disamping itu, kesalahan menggunakan peranti mudah-alih juga akan disertakan dalam sistem AES untuk merakamkan pemandu yang bersalah.

Bercakap mengenai penggunaannya untuk navigasi, kementerian mengatakan yang mana pengguna boleh menggunakannya, tetapi perlu didok ke pemegang telefon pada kenderaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd