Cari @ Amanz

Penyejuk cecair CPU bukanlah sesuatu yang baru. Secara kebiasaannya, penyejuk-penyejuk ini hadir menggunakan sistem All-In-One, ataupun secara modular, dimana anda boleh membeli bahagian-bahagian yang diperlukan dan membinanya sendiri.

Cooler Master baru-baru ini dilihat menunjukkan penyejuk cecair terbaru mereka yang dinamakan Cooler Master MasterLiquid Maker 240, yang merupakan sebuah penyejuk cecair binaan-sendiri yang hadir dengan beberapa ciri penyejuk AIO.

Penyejuk MasterLiquid Maker 240 ini hadir dengan aksesori-aksesori yang lengkap untuk sebuah sistem penyejukan cecair CPU yang khusus. Ini termasuklah sebuah bongkah penyejuk CPU, balang cecair 240ml, radiator gangsa bersaiz 240mm dan juga dua kipas CM MasterFan RGB, tiub getah dan juga cecair penyejuk.

Menarik sekali, penyejuk MasterLiquid Maker 240 ini juga hadir dengan lubang G 1/4 yang biasanya hadir untuk penyejuk-penyejuk seperti ini. Ini boleh digabungkan dengan penyejuk-penyejuk khusus untuk kad grafik dan sebagainya.

Buat masa ini, pihak Cooler Master masih belum mengumumkan tarikh penjualan produk ini, tetapi terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa ia akan hadir di beberapa pasaran untuk harga dibawah $200 (~RM800).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd