Cari @ Amanz

Sony hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan PlayStation 4 Pro Edisi Monster Hunder : World Rathalos bermula bulan Januari 2018 kelak. PS4 Pro dengan storan 1TB, serta bertemakan khusus ini akan ditawarkan dalam kuantiti yang sangat terhad untuk pasaran tempatan.

PS4 Pro Monster Hunter World

Ia hadir dengan rekaan watak “Rathalos” pada konsol – salah satu makhluk popular pada permainan siri Monster Hunter. Disamping itu, alat kawalan DualShock 4 turut hadir dengan rekaan berwarna merah dan dengan sedikit rekabentuk khusus bertemakan permainan berkenaan.

Selain pada bahagian luaran, pemain juga akan dapat menikmati tema khusus PS4 untuk digunakan pada bahagian sistem ketika mengakses konsol mereka.

Melengkapkan berkas PS4 edisi khusus ini adalah permainan Minster Hunter : World, selain akses ke PS Plus selama 3 bulan.

Di Malaysia, ia akan ditawarkan bermula penghujung Januari 2018 kelak, pada harga RM2048.

Artikel ini telah diterbitkan terlebih dahulu di Aksiz.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd