Cari @ Amanz

Samsung Gear Sport baru sahaja dijual beberapa minggu yang lalu di beberapa pasaran dunia. Ia adalah jam tangan pintar pertama Samsung yang menggunakan sistem operasi Tizen 3.0. Bagi yang tidak sabar menantikan Gear Sport, Gear S3 yang dilancarkan tahun lalu sudahpun mula menerima kemaskini ke perisian Tizen 3.0 hari ini.

Kemaskini sebesar 259 Mb ini akan membawakan pelbagai fungsi baru seperti kawalan pelbagai peranti pintar terus dari jam, mengawal Gear VR menggunakan Gear S3, kemampuan mengesan nadi secara berterusan dan pelbagai lagi. Ia membawakan kesemua fungsi yang wujud pada Gear Sport pada Gear S3.

Untuk melakukan kemaskini pengguna perlu ke aplikasi Samsung Gear pada peranti pintar yang ditambat pada Gear S3 dan memilih About Gear. Dari sini tekan pilihan Update Gear Software. Pastikan Gear S3 anda mempunyai tahap bateri yang mencukupi kerana masa diambil untuk mengemaskini adalah agak lama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd