Pengecasan pantas, pengecasan tanpa wayar dan skrin OLED adalah tiga fungsi baru yang akhirnya diperkenalkan oleh Apple pada iPhone X tahun ini. Ini sekaligus meletakkan senarai fungsi iPhone setanding dengan apa yang boleh ditemui pada peranti Android. Satu fungsi yang mungkin akan ditambah tahun hadapan ialah sokongan dwi SIM.
Menurut pandangan penganalisa KGI Securities, tahun hadapan Apple akan menghasilkan iPhone dengan sokongan dwi SIM. Kedua-dua SIM boleh melakukan sambungan 4G LTE secara serentak. Keputusan menyokong dwi SIM ini mungkin sebagai reaksi kepada permintaan pengguna terutamanya di Asia.