Uber Membeli 24,000 Kenderaan Swapandu Keluaran Volvo

Uber Membeli 24,000 Kenderaan Swapandu Keluaran Volvo

Diterbitkan pada November 21, 2017 oleh .

Kewujudan Uber mengubah landskap pengangkutan awam di seluruh dunia. Perkhidmatan perkongsian kenderaan ini memudahkan pengguna untuk pergi ke destinasi dengan dijemput terus dari pintu hadapan rumah tanpa perlu berurusan dengan teksi yang kerap kali mendatangkan masalah. Fasa seterusnya untuk Uber ialah menghasilkan perkhidmatan kenderaan swapandu pula.

Bagi mencapai hasrat ini, mereka telah mengumumkan pembelian 24,000 kereta Volvo XC90 dan XC60 yang mempunyai kemampuan swapandu. Pembelian bernilai $1 bilion (~RM 4.14) ini akan dilakukan di antara 2019 hingga 2021. Ini adalah kenderaan yang sama digunakan oleh Uber dalam ujian teksi swapandu mereka di Pittsburgh Ogos tahun lalu.  Dalam ujian rintis tersebut, 100 buah teksi swapandu telah diuji.


TIPS & ULASAN