Cari @ Amanz

Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman lagu popular yang digunakan ramai seluruh dunia. Kini, bersempena dengan penghujung tahun, mereka hadir dengan promosi khusus untuk pengguna baru dan juga pengguna lama Spotify Premium.

Spotify Promo

Pengguna baru Spotify Premium – yang mana tidak pernah memasukkan kad kredit atau menggunakan percubaan selama 30 hari pada perkhidmatan berkenaan, kini boleh aktifkan Spotify Premium untuk hanya RM2 bagi tiga bulan.

Untuk pengguna Spotify Premium lama yang tidak lagi mempunyai akaun aktif selepas 21 Oktober 2017 pula – anda turut boleh menikmati promosi tiga bulan, tetapi pada harga RM14.90.

Seperti biasa, selepas tempoh promosi, anda akan dikenakan caj sebanyak RM14.90 sebulan. Anda turut boleh berjimat dengan membuat langganan RM22.40 untuk 5 akaun bagi pilihan Spotify Family.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd