Cari @ Amanz

Tencent sebelum ini telah membuat permohonan lesen untuk pembayaran digital di Malaysia, dan kini pihak Tencent mengesahkan yang mana mereka akan melancarkan WeChat Pay di Malaysia pada awal tahun hadapan.

WeChat Wallet

Ia akan menjadikan Malaysia sebagai negara pertama luar China yang diperkenalkan dengan ekosistem WeChat.

Tencet turut mengatakan yang mana di Malaysia terdapat sekitar 20 juta pengguna WeChat berdaftar – sekaligus memperlihatkan potensi besar ekosistem berkenaan di luar China.

Seperti biasa, sama ada ia berjaya atau sebaliknya, akan bergantung kepada bagaimana para penjual di Malaysia menerima bayaran melalui platform berkenaan. Buat masa ini, untuk produk dari China, pihak Alipay agak bergerak pantas dan telah mengintegrasikan platform pembayaran mereka di sejumlah kedai-kedai fizikal tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd