Cari @ Amanz

Xiaomi Mi Note 3 dilancarkan di China pada September yang lalu dengan rekaan seumpama Mi 6 tetapi dengan skrin yang lebih besar. Di China Xiaomi telah melancarkan model dengan saiz RAM lebih kecil pada harga yang juga lebih rendah.

Xiaomi Mi Note 3 ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dijana pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 4GB dan storan 64GB. Kamera utama masih lagi 12+12 Megapixel dengan kamera hadapan 16-Megapixel. Sebuah bateri sebesarĀ  3500mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang masih menggunakan Android Nougat ini. Harga jualan model baru ini ialah RMB 1999 (~RM 1249) sebuah.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd