Kaedah pembayaran elektronik merupakan salah satu langkah ke arah kehidupan nirtunai, dan pelbagai dompet digital telah mula diperkenalkan dengan sokongan pembayaran elektronik ini. Sejumlah besar dompet digital pada hari ini menggunakan kaedah mengimbas kod QR untuk menerima pembayaran.
Selari dengannya, kini Singapura mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan SG QR untuk pembayaran elektronik menjelang 2018 kelak.
Kod QR ini akan menyertakan protokol khusus untuk Singapura, dan pada masa yang sama menggunakan piawaian yang telah ditetapkan oleh EMVCo.
Disamping untuk jual-beli, sokongan SG QR juga dijangka akan boleh digunakan untuk pemindahan wang antara pengguna dengan mudah.
Dengan pengenalan kod SG QR ini, ia akan memudahkan para penjual untuk menerima pembayaran dengan hanya menggunakan kod QR sahaja – dan tidak perlu risau untuk memaparkan pelbagai kod QR berbeza untuk platform-platform berbeza.