Facebook Messenger Kini Menyokong Perkongsian Gambar Pada Resolusi 4K

Facebook Messenger Kini Menyokong Perkongsian Gambar Pada Resolusi 4K

Diterbitkan pada November 22, 2017 oleh .

Lebih tinggi resolusi, lebih banyak maklumat yang boleh dilihat pada sebuah gambar. Satu masalah yang kami yakin pernah anda alami sendiri ialah menerima gambar dari teman menerusi media sosial. Apabila dilihat di komputer, ia kurang memuaskan kerana mempunyai resolusi yang rendah. Facebook Messenger hari ini memperkenalkan perkongsian gambar pada resolusi 4K.

Menerusi fungsi baru ini, saiz gambar maksimum ditingkatkan ke 4,096 x 4,096 pixel. Dengan saiz yang besar ini, kesemua objek di dalam gambar akan kelihatan lebih jelas. Facebook menjanjikan penghantaran gambar masih lagi akan pantas walaupun pada resolusi 4K.

Fungsi ini diaktifkan kepada pengguna di US, Kanada, Perancis, Australia, UK, Singapura, Hong Kong, Jepun, dan Korea Selatan terlebih dahulu. Ia kemudian akan diaktifkan kepada pengguna negara lain secara berperingkat. Hanya platform Android dan iOS sahaja disokong buat masa ini.


TIPS & ULASAN