Fungsi Meminta Menyertai Penstriman Instagram Live Rakan Kini Diaktifkan

Fungsi Meminta Menyertai Penstriman Instagram Live Rakan Kini Diaktifkan

Diterbitkan pada November 22, 2017 oleh .

Fungsi Instagram Live membolehkan pengguna menstrim kehidupan mereka secara langsung kepada mereka yang berminat. Sebelum ini ia hanya boleh menstrim dari satu sumber. Kemudian Instagram mengaktifkan fungsi menjemput rakan untuk menyertai strim. Hari ini fungsi meminta menyertai Instagram Live teman pula telah diaktifkan.

Apabila menonton Instagram Live, pengguna dapat melihat butang Request pada bahagian bawah skrin. Tap butang ini untuk meminta kebenaran menyertai strim. Pengguna kemudian boleh meninggalkan strim pada bila-bila masa.

Dari sudut pandangan penstriman asal pula, mereka boleh melihat jumlah permintaan untuk menyertai pada bahagian bawah skrin. Mereka kemudian boleh menerima atau menolak permintaan dari senarai yang dipaparkan. Fungsi ini diaktifkan kepada semua pengguna aplikasi iOS dan Android bermula hari ini. Seperti biasa aplikasi perlu dikemaskini terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN