Cari @ Amanz

Perbankan secara atas talian meletus dengan mendadak keran penggunaan peranti pintar mudah alih yang semakin meningkat. Majoriti pengguna tidak lagi bergantung kepada komputer untuk melakukan transaksi perbankan atas talian seperti dahulu. Oleh itu sistem sekuriti yang baik diperlukan bagi memastikan akaun tidak diakses oleh insan yang tidak diingini.

Sejajar dengan itu aplikasi Maybank telah dikemaskini untuk menyokong sistem imbasan wajah dan juga pengenalan suara pengguna bagi melakukan log masuk. Dengan pengenalan dua sistem baru ini, pengguna yang mempunyai peranti yang tidak mempunyai pengimbas cap jari boleh menggunakan sistem biometri untuk melog masuk ke akaun mereka. Ini juga memberikan akses kepada OKU yang tidak mempunyai tangan. Bagi menggunakan sistem ini, peranti hanya perlu mempunyai kamera hadapan sebesar 2-Megapixel dan mikrofon yang berfungsi.

Aplikasi sudah boleh dimuat turun dan buat masa ini pengguna hanya boleh mengakses baki akaun sahaja apabila menggunakan sistem terbaru ini. Bagi melakukan transaksi, pengguna masih perlu melakukan log masuk sekali lagi sebagai langkah keselamatan sekunder.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd