Adakah Samsung Akan Sertakan Ciri Kecerdasan Buatan Dengan Lebih Mendalam Pada Galaxy S9?

Adakah Samsung Akan Sertakan Ciri Kecerdasan Buatan Dengan Lebih Mendalam Pada Galaxy S9?

Diterbitkan pada November 22, 2017 oleh .

Samsung pada tahun ini sedia memfokuskan kepada pembangunan pembantu maya digital Bixby. Kini, selain daripada hanya Bixby, Samsung turut dilihat mungkin menyertakan ciri kecerdasan buatan dengan lebih mendalam pada antaramuka telefon pintar Galaxy.

Dikongsikan secara ringkas di China, Samsung memperlihatkan sesuatu mengenai antaramuka untuk Galaxy S9 akan datang yang dikenali dengan nama Galaxy Ai UX. Seperti biasa, AI merupakan ringkasan kepada kecerdasan buatan.

Ia juga selari dengan beberapa desas-desus sebelum ini yang mengatakan Samsung mungkin menyertakan enjin neural mereka tersendiri pada cip pemprosesan – sesuatu yang dilakukan oleh Huawei sebelum ini.

Dengan integrasi kecerdasan buatan, ia mungkin memudahkan melakukan sejumlah tugasan dengan lebih mudah dan pantas, terutamanya tugasan berulang setiap hari.

Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut mengenainya menjelang 2018 kelak.


TIPS & ULASAN