Awal tahun ini, Acer mengumumkan kewujudan laptop gaming Acer Predator Triton 700 di acara Acer GPC mereka di New York. Laptop ini hadir dengan beberapa teknologi yang cukup menarik, termasuklah penggunaan kad grafik NVIDIA yang hadir dengan teknologi NVIDIA Max-Q yang membolehkan pembuat laptop hadir dengan rekaan nipis.
Di acara roadshow Acer Malaysia di Mid Valley Megamall, yang berlangsung bermula 20 November sehingga 26 November 2018, syarikat tersebut mengumumkan kehadiran laptop berkuasa ini untuk pasaran tempatan.
Dari segi spesifikasi, laptop Triton 700 ini hadir dengan CPU Intel Core i7 generasi ke-7 Kaby Lake, memori DDR4 sehingga 32GB, storan SSD NVMe dan juga pilihan diantara dua kad grafik, iaitu NVIDIA GeForce GTX 1060 dan juga GeForce GTX 1080 MaxQ.
Ia juga mempunyai paparan skrin bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080 pixel yang hadir dengan sokongan NVIDIA GSYNC dan juga kadar segar semula 120Hz untuk model yang hadir dengan kad grafik GTX 1080.
Menurut Acer Malaysia lagi, laptop Acer Predator Triton 700 ini akan mula dijual pada hari ini, bermula pada harga RM9999 untuk model GTX 1060, manakala model GTX 1080 pula akan dijual pada harga RM13,999.