Cari @ Amanz

Illegear ialah syarikat tempatan yang menghasilkan komputer riba dan juga kerangka PC yang yang mensasarkan golongan peminat permainan komputer tegar. Kini mereka melancarkan tetikus pertama mereka Illegear Fang.

Tetikus ini direka untuk keselesaan pengguna Asia yang mempunyai saiz tangan yang lebih kecil. Sensor laser PMW3325 mampu mengesan di antara julat 800-10,000 DPI dan pecutan pergerakan sehingga 50G. Dua suis Omron digunakan untuk mengesan tekanan jari. Kemasan tetikus adalah pusam bagi mengurangkan kotoran.

Kabel sepanjang 1.8 meter disertakan dengan kemasan bersulam. Akhir sekali terdapat sokongan lampu yang boleh dikustomasi menggunakan perisian Command Center. Tujuh butang disertakan dengan sokongan makro yang memorinya disimpan terus di dalam tetikus. Illegear Fang dijual pada harga RM 189 sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd