Carian
Penukaran Kriptowang Akan Termaktub Bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram
November 22, 2017 Aman

Bank Negara Malaysia sebelum ini sedia mengumumkan yang mana mereka akan mengeluarkan garis panduan khusus berkaitan dengan arena mata wang digital kriptowang.

Terkini, berkongsi mengenainya secara ringkas, Gabenor BNM mengatakan yang mana bermula 2018 kelak, entiti yang membuat penukaran kriptowang kepada mata wang tunai akan termaktub dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Langkah ini adalah untuk mengelakkan aktiviti jenayah dilakukan menggunakan kriptowang, selain pada masa yang sama memastikan kestabilan dan integriti sistem kewangan.

Bank Negara Malaysia dijangka akan mengeluarkan garis panduan penuh berkaitan dengan kriptowang dan mata wang digital ini tidak lama lagi.

Komen