Cari @ Amanz

Illegear sebuah syarikat pembuat laptop dan komputer yang terkemuka di Malaysia. Baru-baru ini mereka baru sahaja mengumumkan aksesori tetikus gaming Illegear Fang mereka untuk golongan gamer. Bagi mereka yang mempunyai laptop ringan dan nipis tanpa kad grafik khusus, Illegear juga ada sebuah perkakasan yang boleh membantu anda menambahkan prestasi grafik laptop anda dengan cepat.

Illegear melancarkan kotak grafik luaran mereka, dan kotak ini mampu memuatkan sebuah kad grafik bersaiz penuh didalamnya, dan hadir dengan sumber bekalan kuasa 400W terbina didalamnya. Sama seperti kebanyakan kotak grafik luaran yang lain, laptop-laptop ini akan memerlukan sambungan Thunderbolt 3 untuk menggunakan kotak grafik ini,

Illegear sudahpun mula menjual kotak grafik ini pada harga RM1399, dan ini adalah harga tanpa kad grafik. Jika anda mempunyai sebuah laptop yang cukup baru yang hadir dengan sokongan Thunderbolt 3 ini, tetapi tiada kad grafik, ini mungkin pilihan yang cukup baik untuk anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd