Cari @ Amanz

iMac Pro merupakan komputer berkuasa tinggi daripada Apple yang akan datang tidak lama lagi dan dijangka dipasarkan pada penghujung 2017 ini kelak. Ia akan dilengkapi dengan pelbagai spesifikasi tinggi, dan desas-desus sebelum ini mengatakan ia turut mungkin menyertakan sokongan Hey Siri melalui cip pemprosesan khusus untuknya.

Terkini, melalui penemuan Pike’s Universum melalui fail firmware, ia dilihat turut mengandungi beberapa fail berkaitan sokongan sambungan mudah-alih pada iMac Pro yang akan menawarkan ciri perlindungan kecurian seumpama “Find My iPhone”.

Penemuan berkenaan juga mendapati ciri ini tidak boleh dimatikan.

Dengan harga yang ditawarkan untuk iMac Pro yang sangat premium, semestinya pengenalan ciri ini akan memberikan sedikit ketenangan kepada pengguna sekiranya mereka berada diluar pejabat.

Buat masa ini, laporan ini masih pada peringkat spekulasi – dan tidak diketahui lagi sama ada ia benar-benar akan diperkenalkan pada versi akhir iMac Pro atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd