Cari @ Amanz

Xiaomi merupakan salah satu pengeluar yang menawarkan kemaskini perisian dengan aktif untuk telefon pintar mereka. Walaupun kadang-kala versi Android masih adalah versi lama, tetapi pengguna dapat menikmati beberapa ciri-ciri baru melalui kemaskini MIUI yang ditawarkan.

Terkini, dengan perkembangan arena teknologi, Xiaomi mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan sokongan kemaskini untuk beberapa peranti keluaran mereka selepas MIUI9.

Sejumlah 6 peranti diumumkan akan ditamatkan dengan sokongan, iaitu Mi 2/2S, Mi 4i, Redmi Note 4G, Redmi 2, Redmi 2 Prime dan juga Mi Note.

Peranti-peranti ini dijangka akan menerima kemaskini MIUI9 pada penghujung Disember atau awal 2018 kelak. XIaomi mengatakan beberapa perkara diambil-kira sebelum menamatkan sokongan untuknya – termasuk angka pengguna aktif, prestasi perkakasan dan sebagainya.

Memandangkan kebanyakkannya adalah peranti lama, malah Mi Note sendiri adalah peranti yang diperkenalkan pada 2015 lepas dan adalah yang paling terkini dalam senarai peranti yang ditamatkan sokongannya.

Untuk anda, adakah anda menggunakan peranti Xiaomi yang tersenarai ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd