Cari @ Amanz

Cip pemprosesan Intel Core merupakan salah satu yang tidak asing bagi pengguna umum. Kini, Intel mengumumkan yang mana beberapa cip pemprosesan berkenaan mempunyai kerentanan sekuriti.

Daripada apa yang dikongsikan Intel, kerentanan ini membolehkan pengodam untuk mengakses komputer dan menjalankan perisian berbahaya mahupun mencuri maklumat secara remote.

Intel mengenal pasti hal ini adalah disebabkan oleh Intel Management Engine (ME) dan beberapa yang lain. Sokongan ini dibangunkan dan disertakan untuk memudahkan pentadbir komputer untuk mengakses komputer anda dengan mudah, tetapi ia kini membawa kepada masalah sekuriti yang besar.

Menurut Intel, antara produk yang terkesan adalah:

  • Keluarga Intel Core Generasi Ke-6,7, dan 8.
  • Keluarga Intel Atom C3000
  • Intel Xeon W, E3-1200 v5 &v6, dan Intel Xeon Processor Scalable.
  • Intel Pentium, dan Intel Atom siri E3900
  • Intel Celeron N dan J

Intel buat masa ini telah mengeluarkan sebuah perisian ringkas untuk anda menguji sistem anda sama ada terkesan ataupun sebaliknya.

Untuk kemaskini sekuriti ini pula, Intel mengatakan ia akan dikeluarkan oleh pengeluar komputer anda. Buat masa ini, hanya Lenovo dan Dell telah menawarkan maklumat berkaitan dengannya – dan mungkin yang lain akan mengikut jejak selepas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd