Cari @ Amanz

Bagi anda yang mengikuti perkembangan arena sekuriti, mungkin sedia maklum yang mana Intel telah mengeluarkan amaran berkaitan dengan kerentanan baru yang ditemui pada perisian cip pemprosesan mereka, membawa ruangan kepada pengodam menyerang komputer anda.

Melalui kerentanan yang ditemui, ia akan membolehkan pengodam mengakses komputer anda secara remote, serta membolehkan mereka mengakses beberapa perkara, termasuk memasang perisian pada komputer anda.

Buat masa ini, tiada sebarang kejadian serangan yang dilaporkan lagi. Pihak Intel telah menyatakan yang mana kemaskini firmware akan mula ditawarkan oleh pengeluar komputer anda.

Sementara menantikannya, anda kini boleh mengambil langkah dengan menyemak sendiri sama ada komputer anda terancam ataupun tidak.

Untuk melakukannya, terlebih dahulu anda perlu memuat-turun perisian khusus pihak Intel untuk Windows dan Linux.

Ia ditawarkan dalam bentuk *ZIP, dan anda perlu membuka dahulu ia ke komputer Windows anda.

Seterusnya, pergi ke folder DiscoveryToo.GUI dan jalankan aplikasi yang dinamakan Intel-SA-00086-GUI.

Intel Kerentanan

Perisian berkenaan seterusnya akan mengimbas komputer anda dengan pantas, dan seterusnya memaparkan sama ada komputer anda terkesan ataupun sebaliknya.

Bagi anda yang menggunakan cip pemprosesan yang tersenarai terkesan ini, mungkin boleh mengambil langkah awal untuk menyemak – dan menantikan kemaskini sekuriti untuk komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd