Cari @ Amanz

Dengan suku pertama 2018 menjelang tiba, salah satu peranti yang dijangka akan mencuri perhatian ramai adalah telefon pintar Samsung seterusnya, iaitu Galaxy S9.

Samsung dijangka menawarkan telefon pintar berkenaan pada Mac atau April 2017. Kini, beberapa info awal untuknya telah pun hadir, dikongsikan @evleaks melalui VentureBeat.

Seperti biasa, Samsung dijangka menawarkan Galaxy S9 dan juga Galaxy S9+ pada 2018 kelak – masing-masing dengan skrin 5.8-inci dan 6.2-inci. Samsung dijangka mengekalkan rekaan peranti mereka lebih kurang sama seperti Galaxy S8 sebelum ini – yang mana menggunakan skrin Super AMOLED “Infinity”.

Ia turut dijangka menggunakan cip pemprosesan 10-nm terkini, dan dilengkapi memori 6GB RAM. Samsung Galaxy S9 turut dijangka dilengkapi dwi-kamera seperti pada Note 8 sebelum ini – dan masih mengekalkan bicu audio 3.5mm.

Salah satu perubahan pada rekaan belakang kelak adalah dimana Samsung dijangka mengalihkan sensor pengimbas cap jari kebahagian bawah kamera dan bukannya bersebelahan seperti sebelumnya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut dalam minggu-minggu atau bulan-bulan akan datang untuk Galaxy S9 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd