Cari @ Amanz

Ura-ura mengenai  penggunaan skrin nirbingkai Infinity Display pada peranti keluarga Galaxy A (2018) telah kami laporkan pada Ogos yang lalu. Samsung seperti Huawei dan Oppo turut ingin menghasilkan peranti kelas pertengahan dengan skrin 18:9. Rekaan peranti Galaxy A (2018) akhirnya tertiris dan mengesahkan ura-ura yang didengari ini.

Seperti yang berlaku pada Note 8 dan S8 sebelum ini, sumber ketirisan ialah imej pengolokan dari syarikat pengeluar kerangka Olixar. Dari apa yang boleh dilihat di atas, Galaxy A (2018) akan dilengkapi butang Bixby fizikal pada sisi kiri di bawah butang suara. Paling menarik ialah kedudukan pengimbas cap jari kini di bawah lensa kamera dan bukannya di sisi seperti pada Galaxy S8. Samsung Galaxy A (2018) dijangkan dilancarkan pada Januari tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd