Cari @ Amanz

Razer Phone bukanlah peranti pertama yang mensasarkan golongan gamer. Kami ada menulis artikel mengenai lima peranti untuk gamer yang muncul sebelumnya. Pasca pelancaran pihak Razer mula mengutip maklum balas dari pengguna dan kebanyakannya adalah mengenai kamera.

Min-Liang Tan, CEO Razer telah mengesahkan pihak beliau akan meningkatkan kemampuan kamera dengan beberapa kemaskini. Antara yang bakal diterima dalam masa beberapa minggu ialah fungsi InstaZoom yang mengaktifkan zoom optikal dengan segera, peningkatan kemampuan gambar dalam situasi gelap dan kawalan kelajuan pengatup. Dengan kemaskini Oreo yang akan diterima tahun hadapan pula, rakaman pada tetapan 60FPS dan mod potret pula akan diberikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd