Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Samsung Gear Sport.

Jam tangan pintar ini hadir dengan fokus terhadap arena kecergasan, dan kali ini ia turut menyokong untuk penyelaman 5 ATM. Ia juga kini menggunakan tali jam 20mm untuk memudahkan penukaran tali jam mengikut keselesaan anda.

Samsung Gear Sport

Seperti sebelum ini, jam tangan pintar Gear Sport ini hadir dengan skrin berbentuk bulat menggunakan panel Super AMOLED, menggunakan sistem operasi Tizen, dan hadir dengan sensor kadar denyutan nadi.

Gear Sport juga kini menyokong sejumlah aplikasi popular, termasuk Spotify, MyFitnessPal dan sebagainya. Dengan storan dalam jam tangan pintar ini, ia turut menyokong kebolehan menyimpan lagu Spotify untuk diakses secara luar-talian.

Samsung Gear Sport

Gear Sport turut boleh digunakan sebagai dompet digital dan melakukan transaksi nirtunai melalui Samsung Pay.

Di Malaysia, Samsung Gear Sport dijual pada harga RM1299, dan akan ditawarkan bermula 1 Disember 2017. Samsung turut menyertakan dua tali jam tambahan Gear, dan juga sebuah kotak pengumpul khas bernilai RM299.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd