Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan Gear Sport, Samsung Malaysia turut mengumumkan penawaran fon telinga tanpa wayar terbaru daripada mereka, iaitu Gear IconX.

Samsung Gear IconX direkabentuk untuk digunakan bersama peranti mudah-alih anda, dan keselesaan ketika memakainya. Samsung mengatakan rekaan kali ini lebih ergonomik dan ringan.

Samsung Gear IconX

Seperti Gear Sport, Gear IconX turut membawakan beberapa ciri-ciri khusus untuk kecergasan – termasuk fungsi Running Coach dengan sokongan maklumbalas bersuara ketika memakainya.

Gear IconX kali ini turut dikatakan menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih lama berbanding dengan generasi sebelum ini – serta menawarkan sambungan ke Bixby, pembantu maya digital daripada Samsung.

Di Malaysia, Gear IconX baru ini akan ditawarkan bermula 1 Disember 2017 kelak, pada harga RM799.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd