Jualan Steam Sale Musim Luruh Sudah Bermula

Jualan Steam Sale Musim Luruh Sudah Bermula

Diterbitkan pada November 23, 2017 oleh .

Hari paling gembira di kalangan peminat permainan PC ialah Steam Sale. Setiap tahun hari gembira ini disambut dengan rakan taulan atas talian dan bil kad kredit yang melambung secara mendadak. Jualan Steam untuk musim luruh sedang berlangsung sekarang sehingga 29 November.

Antara tawaran menarik yang boleh dinikmati hari ini ialah Rainbow Six Siege pada harga RM 17.49, Middle Earth Shadow of War pada harga RM 63.00 dan Sniper Elite 4 pada harga RM 35.70. Terdapat ribuan lagi permainan yang ditawarkan pada harga runtuh seperti luruhnya daun dari pohon di negara empat musim. Pembelian permainan komputer secara pukal ini ialah antara sebab mengapa Gabe Newell ialah individu ke-43 terkaya di dalam dunia teknologi dengan harta bernilaiĀ $5.5 Bilion (~RM 23.23 Bilion).


TIPS & ULASAN