Cari @ Amanz

Facebook sedia memperkenalkan sokongan Facebook Stories untuk pengguna umum – membolehkan pengguna untuk berkongsi gambar dan video untuk tempoh 24 jam, sebelum ia dipadam sepenuhnya.

Kini, selain daripada hanya untuk pengguna umum, pihak Facebook turut telah memperkenalkan Facebook Stories untuk Facebook Pages.

Facebook Stories

Dengan adanya sokongan ini, ia sekaligus membolehkan pelbagai jenama dan organisasi untuk berkongsi kemaskini mereka – dan pada masa yang sama memaparkan ia pada bahagian hadapan dan mengelak pengguna terlepas sebarang kemaskini daripada sesuatu Facebook Pages.

Ciri ini dilihat sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada Facebook Pages.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd