Lenovo Menawarkan Star Wars Jedi Challenges Di Malaysia Pada Harga RM1168

Lenovo Menawarkan Star Wars Jedi Challenges Di Malaysia Pada Harga RM1168

Diterbitkan pada November 23, 2017 oleh .

Lenovo sebelum ini telah memperkenalkan set realiti-gabungan mereka bersempena dengan filem Star Wars. Kini, set realiti-gabungan (augmented reality) tersebut turut telah ditawarkan dan boleh didapati di pasaran tempatan.

Dinamakan sebagai Star Wars : Jedi Challenge, ia hadir bersama dengan set kepala Lenovo Mirage AR, dan sebuah lightsaber untuk kawalan. Set kepala ini berfungsi dengan menggunakan telefon anda – dan anda boleh menikmati beberapa kandungan melaluinya.

Menjadi fokus utama untuknya adalah kandungan khusus Star Wars yang dibawakan secara eksklusif daripada Disney untuknya. Pengguna boleh mengalami memainkan watak Jedi, dan bersaing serta membunuh pihak musuh menggunakannya.

Lenovo Mirage AR

Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM1168, dan sekiranya anda berminat boleh mendapatkannya melalui kedai atas-talian Lenovo.


TIPS & ULASAN