Ketua Pegawai Operasi SPAD, Qamar Wan Noor hari ini menegaskan pemandu dengan kedua-dua rekod di atas tidak akan dibenarkan untuk memandu. Saringan rekod akan terlebih dahulu dilakukan dan pihak Grab dan Uber diminta memberikan maklumat terperinci kesemua pemandu di bawah perkhidmatan mereka. Kad e-pemandu hanya akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak. Ini adalah kerana telah wujud beberapa insiden pemandu didapati mempunyai rekod jenayah.

Di Amerika Syarikat Uber baru sahaja dikenakan saman $8.7 juta (~RM 36 juta) kerana 57 pemandu mereka di Colorado didapati mempunyai rekod jenayah dan kesalahan jalan raya. Ini dikhuatiri akan meletakkan nyawa pelanggan di dalam bahaya.

Diharap proses saringan pemandu perkhidmatan perkongsian kenderaan akan dilakukan dengan teliti. Saban tahun apabila berlaku kes kemalangan maut melibatkan bas ekspress di Malaysia, pemandu didapati mempunyai jumlah saman yang tinggi.