Cari @ Amanz

Twitter pada hari ini sedia mempunyai ciri “Like” sesuatu Tweet yang membolehkan anda menandakan sesuatu Tweet untuk dirujuk kemudian melalui halaman profil anda. Walaubagaimanapun, ia dipaparkan kepada umum melalui profil anda.

Kini, untuk anda menyimpan sesuatu Tweet untuk rujukan peribadi pada kemudian masa, pihak Twitter sedang menguji sebuah lagi ciri baru dinamakan Bookmark.

Twitter telah mengujinya sejak bulan lepas. Pada awalnya, ia dikenali dengan nama “Save For Later”, tetapi kini ia dinamakan sebagai Bookmark untuk memudahkan lagi pengguna memahami penggunaannya.

Melaluinya, pengguna hanya perlu tap pada sebarang Tweet, dan memilih “Add To Bookmarks”. Seterusnya Tweet berkenaan akan disimpan untuk rujukan anda sahaja melalui tab Bookmark di Twitter. Tiada rakan lain yang boleh melihat sebarang Tweet yang ditandakan anda.

Buat masa ini, pihak Twitter masih tidak mengumumkan bilakah ia akan diperkenalkan secara rasminya kepada semua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd