Selamat menyambut hari iPhone X yang akhirnya dilancarkan di Malaysia hari ini. Peranti nirbingkai pertama Apple ini mendapat sambutan amat luar biasa di negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ini mengakibatkan tempoh menanti untuk peranti tiba ke tangan pembeli selepas di pesan mencecah tempoh tiga minggu.
Bagaimana pula di Malaysia? Sekiranya anda melakukan pesanan melalui portal rasmi Apple, anda hanya perlu menunggu selama satu sehingga tiga hari. Ini adalah tempoh menunggu yang amat pendek. Di Amerika Syarikat dan Singapura, tempoh menunggu masih lagi di antara satu sehingga dua minggu. Jadi bolehlah dikatakan sekiranya anda inginkan sebuah iPhone X, Malaysia ialah negara yang tidak membuatkan anda menunggu lama untuk memilikinya.