Fungsi Seakan Streaks Snapchat Mula Diuji Pada Facebook Messenger

Fungsi Seakan Streaks Snapchat Mula Diuji Pada Facebook Messenger

Diterbitkan pada November 24, 2017 oleh .

Snapchat ialah media sosial yang amat popular di kalangan remaja. Facebook walaupun adalah raja media sosial dunia dilihat sebagai perkampungan orang-orang tua oleh generasi baru. Bagi menarik pengguna kembali ke platform mereka, Facebook tanpa segan silu meniru fungsi yang membuatkan Snapchat unik seperti Stories.

Mereka kini dilihat meniru sebuah lagi fungsi Snapchat iaitu Streaks pada aplikasi Messenger mereka. Streaks akan menunjukkan berapa hari anda menghantar mesej kepada rakan menerusi Snapchat. Ia seperti permainan mini dan pengguna akan menggunakan Snapchat setiap hari untuk memanjangkan tempoh Streaks mereka.

Fungsi yang diuji pada Messenger adalah serupa dan turut meniru penggunaan emoji jam pasir bersebelahan nama rakan di dalam aplikasi. Pihak Facebook mengesahkan ujian fungsi ini sedang dilakukan tetapi tidak berkongsi sama ada ia akan diaktifkan kepada semua pengguna. Dari apa yang dilakukan sebelum ini, mungkin ia kemudian akan muncul pada Facebook, Instagram dan WhatsApp pula.


TIPS & ULASAN