Cari @ Amanz

Machines hari ini mengumumkan yang mana mereka kini menawarkan Machines Protection Plan untuk para pengguna peranti Apple Watch, iPhone SE, iPhone 6, iPhone 6S, iPhone 7, iPhone 8 dan juga iPhone X.

Melalui penawaran yang disediakan menggunakan MPP ini, Machines menawarkan perlindungan untuk peranti sehingga 2 tahun – dan menawarkan gantian skrin, peranti dan bateri melaluinya.

Pelan MPP ini akan ditawarkan apabila anda membeli peranti baru melalui kedai Machines seluruh negara – dan berbeza mengikut jenis peranti. Harga yang ditawarkan adalah bermula RM299 (untuk Apple Watch) dan mencapai RM899 untuk iPhone X.

Machines MPP

Machines mengatakan mengikut kajian yang dilakukan Otterbox, sekitar 29% pengguna tempatan mendapati peranti mereka rosak tanpa sengaja dalam tempoh tiga bulan pertama sejak dibeli. Sekitar 75% pengguna tempatan juga mendapati mereka telah merosakkan peranti mereka hampir 3 kali dalam tempoh 5 tahun lepas.

Langkah ini membuatkan penawaran Machines Protection Plan (MPP) ini menawarkan ketenangan minda untuk pengguna ketika menggunakan peranti mudah-alih mereka.

Machines turut mengatakan mereka ingin memperluaskan penawaran MPP ini untuk peranti baru yang dibeli daripada pihak lain – termasuk syarikat telekomunikasi.

Machines MPP

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd