Cari @ Amanz

Mozilla baru-baru ini telah memperkenalkan nafas baru untuk pelayar web Firefox mereka, iaitu Firefox Quantum. Ia kini beroperasi lebih pantas, menggunakan memori yang rendah, serta menawarkan antaramuka moden.

Selain daripadanya, Mozilla turut dilihat ingin menambah beberapa ciri-ciri baru pada pelayar web mereka. Kini, Mozilla dilihat bekerjasama dengan laman “Have I Benn Pwned” dan kelak akan memaparkan notifikasi sekiranya anda sedang melayari sesuatu laman yang pernah digodam.

Dengan integrasi ini, ia akan memberitahu pengguna mengenai sama ada sesuatu laman berkenaan pernah digodam – dan adakah mereka ingin terus melayarinya. Selain pada masa yang sama memberikan lebih tekanan kepada sekuriti sesuatu web supaya ia terus ditambah-baik.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal pembangunan, dan mungkin akan diintegrasikan pada pelayar web Firefox dalam beberapa minggu atau bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd