Cari @ Amanz

Fungsi nyahkunci peranti menggunakan wajah kini kembali popular selepas ia digunakan pada Face ID iPhone X. Antara peranti yang menguar-uarkan fungsi nyahkunci menggunakan wajah ialah OnePlus 5T. Sistem Face Unlock ini dipuji kerana dikatakan jauh lebih pantas berbanding Face ID.

Menurut laporkan XDA Developers, terdapat petanda fungsi ini akan turut diberikan pada peranti OnePlus 5. Rakaman skrin Android Oreo untuk OnePlus 5 menunjukkan tetapan untuk Face Unlock. Sekiranya fungsi ini diberikan, ia pastinya menggembirakan pengguna OnePlus 5 sedia ada yang tidak bercadang membeli OnePlus 5T.

Pada waktu yang sama pihak OnePlus secara rasmi telah mengatakan Face Unlock tidak akan disokong pada OnePlus 5 dalam sesi AMA di forum rasmi mereka. Tetapi umum diketahui OnePlus mendengar input dari pengguna. Sekiranya terdapat desakan yang cukup kuat, mereka mungkin akan menyertakannnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd