Cari @ Amanz

Kustomasi aksesori pada platform PC telah wujud sejak berdekad lamanya. Penggunaan CCFL kini digantikan dengan LED. Sistem penyejuk gergasi diperbuat daripada tembaga kini digantikan dengan sistem penyejukan cecair. Peminat kustomasi PC sering mencari idea baru untuk membuatkan komponen komputer mereka lebih unik.

Clackeys menawarkan perkhidmatan mencetak butang kekunci rekaan sendiri untuk golongan gamers. Mereka mencetak butang kekunci yang berasaskan permainan video dan filem. Sebagai contoh pelanggan boleh mencetak kekunci berbentuk Companion Cube Portal, Zerg Starcraft dan Ghost dari Destiny. Setiap kekunci dijual pada harga bermula $10 (~RM 42) sebuah dan menyokong kekunci suis MX dan Topre.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd