Cari @ Amanz

Ketika dilancarkan di Malaysia pada September yang lalu, Nokia 8 masih lagi menggunakan Android Nougat. Ujian Oreo Beta hanya dibuka pada bulan Oktober. Bagi pemilik Nokia 8 di Malaysia yang menantikan kemaskini ke sistem operasi terkini ini, penantian akan berakhir kerana kemaskini sudah mula diberikan.

Buat masa ini kemaskini hanya diterima pengguna di negara-negara Eropah timur. Dengan ini Nokia memenuhi janji mereka untuk memberikan kemaskini Oreo sebelum 2018. Dengan kemaskini ini peranti akan menerima fungsi picture in picture, titik pada notifikasi peranti dan versi sekuriti untuk bulan November. Saiz muat turun adalah sekitar 1.5 GB. Adakah pengguna di Malaysia yang telah menerima kemaskini ini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd