Sony Xperia XZ dan Xperia XZs Kini Mula Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo

Sony Xperia XZ dan Xperia XZs Kini Mula Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo

Diterbitkan pada November 25, 2017 oleh .

Sony boleh dikatakan salah satu pengeluar peranti yang bergerak pantas dalam menawarkan kemaskini perisian. Selepas menawarkan kemaskini Android 8.0 Oreo untuk pengguna Xperia XZ Premium, kini Sony turut telah mula menawarkan kemaskini yang sama untuk pengguna Sony Xperia XZ dan juga Xperia XZs.

Sony Xperia XZ

Kemaskini ini ditawarkan secara berperingkat untuk semua pengguna, dan bersaiz mencapai 1.2GB. Seperti biasa, ia menawarkan sedikit kemaskini pada antaramuka, kemudahan mengakses aplikasi dengan pantas, ciri Autofill yang memudahkan anda memasukkan input dalam borang di web, sokongan Picture-in-Picture, dan sejumlah ciri-ciri baru yang lain.

Bagi anda yang menggunakan peranti Xperia XZ atau Xperia XZs, mungkin boleh menyemak kemaskini pada peranti anda bermula hari ini.


TIPS & ULASAN