Oppo kini telah menambah satu lagi telefon pintar pada keluarga spesifikasi rendah-pertengahan mereka, iaitu Oppo A79.
Oppo A179 hadir dengan skrin 6-inci dan menggunakan rekaan skrin pada nisbah 18:9 – sekaligus menjadikan ia antara peranti Oppo berspesifikasi rendah-pertengahan dengan skrin seumpamanya. Ia juga menggunakan rekaan hampir nirbingkai – serta menawarkan nisbah skrin ke badan peranti yang tinggi.
Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip MediaTek Helio P23, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Ia menggunakan kamera 16-megapixel di belakang dan juga hadapan, selain bateri berkapasiti 3000mAh.
Buat masa ini, Oppo A79 hanya ditawarkan di China sahaja, pada harga CNY2399 iaitu sekitar RM1500.