Kini Anda Boleh Daftar Unifi Edu 10Mbps RM99 Di TMpoint Seluruh Negara

Kini Anda Boleh Daftar Unifi Edu 10Mbps RM99 Di TMpoint Seluruh Negara

Diterbitkan pada November 26, 2017 oleh .

Telekom Malaysia sebelum ini telah memperkenalkan pakej Unifi Edu khusus untuk para pelajar – dimana melaluinya mereka menawarakn diskaun untuk langganan pakej Unifi bermula 10Mbps.

Terkini, pihak Telekom Malaysia turut berkongsi dengan kami mengatakan para pelajar yang berminat boleh membuat pendaftaran pakej Unifi Edu ini di TMpoint seluruh negara bermula 27 November 2017 ini sehingga 31 Disember 2017 kelak.

Melalui pakej Unifi Edu, tiga pakej ditawarkan bermula 10Mbps sehingga 100Mbps.

  • Unifi Edu Lite Plan 10Mbps – RM99 sebulan
  • Unifi Edu Advance Plan 30Mbps – RM169 sebulan
  • Unifi Edu Advance Plan 100Mbps – RM299 sebulan

Unifi Edu

Setiap pakej juga turut hadir dengan 600 minit panggilan percuma, akses kepada [email protected], dan juga pilihan pek HyppTV.

Untuk mendaftar pakej Unifi Edu ini, anda mestilah berusia antara 18 ke 25 tahun, sedang belajar di Malaysia, dan mempunyai kad pelajar. Telekom Malaysia turut mengatakan yang mana pakej ini ditawarkan secara eksklusif di TMpoint sahaja.

Disamping Unifi Edu, anda juga kini sudah boleh mendaftarkan Unifi Ebiz di TMpoint seluruh negara, menawarkan diskaun khusus untuk syarikat perusahaan kecil dan sederhana. Untuk menggunakannya, anda perlulah mendaftarkan syarikat dengan menyertakan kategori “Online Business”.

Untuk Unifi EBiz, ia menawarkan pakej dalam tiga pilihan kelajuan, bermula 10Mbps sehingga kepada 100Mbps.

  • Unifi Ebiz Lite Plan 10Mbps – RM179 sebulan
  • Unifi Ebiz Advance Plan 30Mbps – RM249 sebulan
  • Unifi Ebiz Advance Plan 100Mbps – RM349 sebulan

Bagi anda yang berminat, boleh ke mana-mana TMpoint berhampiran seluruh negara, dan melakukan pendaftaran untuk pakej ini.


TIPS & ULASAN