Oppo F5 Youth Dilancarkan Dengan Saiz RAM Lebih Kecil

Oppo F5 Youth Dilancarkan Dengan Saiz RAM Lebih Kecil

Diterbitkan pada November 26, 2017 oleh .

Terdapat tiga versi Oppo F5 dilancarkan oleh pihak Oppo. Di Malaysia hanya Oppo F5 dilancarkan setakat ini dengan Oppo F5 6GB Red Edition akan dilancarkan dalam masa terdekat. Di Filipina Oppo F5 Youth akhirnya dilancarkan secara rasmi dengan spesifikasi lebih rendah.

Ia masih lagi mengekalkan skrin 6″ LTPS TFT FHD+, dijana pemproses MediaTek Helio P23, memori hanya 3GB RAM dan storan dikurangkan ke 32GB sahaja. Masih terdapat sokongan kad mikroSD sehingga 256GB. Kamera juga masih lagi 16-Megapixel f/2.0 di hadapan, 13-Megapixel f/2.2 di belakang dengan bateri sebesar 3200 mAh. Sistem operasi Android 7.1.1 digunakan dengan pelancar ColorOS 3.2 Di Filipina Oppo F5 Youth Edition dijual pada harga PHP 13,990 (~RM 1137) sebuah.


TIPS & ULASAN