Unifi Mobile (Webe) Dijangka Hadir Dengan Beberapa Pelan Baru Menjelang Januari 2018

Unifi Mobile (Webe) Dijangka Hadir Dengan Beberapa Pelan Baru Menjelang Januari 2018

Diterbitkan pada November 26, 2017 oleh .

Webe sebelum ini telah dijenamakan semula nama talian Unifi sebelum ini. Kini, menurut laporan penganalisa TA Securities, Telekom Malaysia dijangka melakukan penjenamaan penuh kepada Unifi Mobile tidak lama lagi, dan mereka dijangka memperkenalkan beberapa pelan baru pada Januari 2018 kelak.

Pelan dan pakej apakah yang bakal diperkenalkan masih menjadi tanda tanya. Buat masa ini sendiri, Unifi Mobile telah mula mengatakan yang mana ia adalah peluang terakhir untuk pengguna melanggan pakej RM79 yang ditawarkan. Mengikut desas-desus sebelum ini sendiri, pelan prabayar dijangka diperkenalkan – tetapi info lanjut mengenainya masih belum kedengaran lagi.

Telekom Malaysia mengatakan kadar penembusan Unifi Mobile telah mencapai 8% buat masa ini, dan ia dijangka akan terus meningkat dengan pakej-pakej dan penawaran menarik.

Dengan fokus Telekom Malaysia untuk menarik lebih ramai pengguna melanggan pakej Unifi melalui beberapa promosi baru ini – tidak mustahil kita melihat promosi baru turut diperkenalkan untuk menarik pengguna menggunakan pakej talian mudah-alih mereka.


TIPS & ULASAN