Cari @ Amanz

Baru sahaja bulan lepas mata wang digital kripto Bitcoin mencatatkan sejarah apabila melangkaui nilai RM25,000 buat pertama kali, dan kini selang sebulan, ia terus mencatatkan sejarah tersendiri sekali lagi. Hari ini, nilai Bitcoin sekali lagi membuat rekodnya tersendiri dan mencatatkan nilai melangkaui RM36,000 buat pertama kalinya.

Dengan peningkatan mendadak ini, kini pasaran Bitcoin berjumlah lebih $151 bilion secara keseluruhannya.

Untuk makluman, Bitcoin merupakan salah satu mata wang kripto yang popular, dan terdapat sejumlah mata wang lain di pasaran. Pelbagai perkara mengenainya masih diperdebatkan buat masa ini.

Di Malaysia sendiri, BNM masih belum mengiktiraf Bitcoi buat masa ini. Walaubagaimanapun, populariti mata wang kritpo membuatkan kini BNM membuat kajian tersendiri, dan dijangka mengumumkan garis panduan mengenainya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd