Pra-Tempahan Oppo F5 6GB Akan Dibuka Pada 6 Disember
Artikel Berkaitan

Pra-Tempahan Oppo F5 6GB Akan Dibuka Pada 6 Disember

Diterbitkan pada November 27, 2017 oleh .

Imej acah telah dikongsi oleh Oppo minggu lalu. Minggu ini tarikh permulaan pra-tempahan Oppo F5 6GB Red Edition akhirnya telah diumumkan. Bagi yang berminat untuk memiliki Oppo F5 dengan saiz RAM lebih besar, ia boleh ditempah pada 6 Disember hadapan.

Dari segi spesifikasi Oppo F5 6GB dilengkapi skrin 6″ FHD+, dijana pemproses MediaTek Helio P23, memori sebesar 6GB, storan sebesar 64GB, kamera utama sebesar 16-Megapixel f/1.8, kamera hadapan 20-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 3200 mAh. Harga jualan masih belum diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN