Cari @ Amanz

Realiti maya sudah berevolusi dan kini pengguna boleh berjalan di dalam dunia maya dengan menggunakan teknologi Room Scale VR. Beberapa arena realiti maya seperti ini telahpun dibuka di Jepun bagi memberikan pengalaman menyelam lebih imersif ke dunia maya. Di Jepun permainan Ghost in the Shell: Arise Stealth Hounds baru sahaja dilancarkan. Menariknya tentang permainan ini ialah ia sebuah permainan PVP 3 lawan 3 berasaskan siri manga ternama Masamune Shirow.

Enam orang pemain dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan bertarung untuk membuktikan mereka layak untuk menyertai kumpulan Section 9 yang diketuai oleh Major Kusanagi. Pemain perlu menggodam dan menghapuskan musuh. Terdapat fungsi baju halimunan apabila diaktifkan membuatkan pemain hilang dari pandangan. Permainan ini boleh dimainkan di VR Zone Shinjuku bermula 9 Disember dengan bayaran Yen 3600 (~RM 133) untuk sesi selama 30 minit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd