Intel Bakal Hadir Dengan CPU Intel Core i9 Untuk Komputer Riba

Intel Bakal Hadir Dengan CPU Intel Core i9 Untuk Komputer Riba

Diterbitkan pada November 28, 2017 oleh .

Intel memperkenalkan siri CPU Intel Core i9 mereka sewaktu acara COMPUTEX Taipei pada pertengahan tahun ini, dan cip pemprosesan ini dilihat hadir dengan nilai teras dan bebenang yang tertinggi didalam siri CPU Intel Core, dan dilihat bertanding dengan CPU berkuasa dari AMD, iaitu AMD Threadripper.

Intel kini dilihat akan hadir dengan CPU Intel Core i9 khusus untuk peranti komputer riba, kemungkinan besar untuk komputer yang memerlukan CPU berkuasa untuk tugas-tugas seperti pengolahan model 3D dan mungkin juga untuk gaming laptop dengan .

Menurut log perisian AIDA64, CPU Intel Core i9 ini dikatakan akan hadir melalui CPU Intel Coffee Lake-H kelak, dan model yang dikatakan akan hadir ini ialah Intel Core i9-8000, yang berkemungkinan besar akan hadir dengan enam teras dan 12 bebenang kuasa.

Apa-apa pun, pihak Intel masih belum lagi mengatakan apa-apa mengenai CPU Core i9 untuk komputer riba ini. Ada kemungkinan bahawa mereka akan mengumumkan CPU ini di acara Computex pada tahun hadapan, dimana mereka biasanya akan mengumumkan cip-cip pemprosesan baru mereka.


TIPS & ULASAN