Carian
Rekaan Dan Spesifikasi Honor V10 Tertiris – Rekaan Nirbingkai Tetapi Dengan Pengimbas Cap Jari Di Hadapan
November 27, 2017 Effi Saharudin

Pelancaran Honor V10 akan berlangsung di China pada hari esok. Kita sudah mengetahui bahawa peranti ini mempunyai rekaan nirbingkai. Hari ini spesifikasinya serta rekaannya telah tertiris selepas peranti memasuki pangkalan data TENAA di China. Paling menari mengenai peranti ini ialah penggunaan pengimbas cap jari pada bahagian dagu walaupun ia mempunyai rekaan nirbingkai.

Honor V10 akan dilengkapi skrin nirbingkai 5.99″ IPS LCD FHD+ 18:9, dijana pemproses Kirin 970, memori sebesar 6GB RAM dan storan 64GB. Dwi-kamera utama menggabungkan sensor 16+20 Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 13-Megapixel. Sebuah bateri sebesar 3650 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang dipercayai akan menggunakan Android Oreo dengan pelancar EMUI 8.0

Tidak seperti Mate 10 dan Mate 10 Pro, Honor V10 tidak akan mempunyai sistem kamera dengan lensa Leica. Ia juga dipercayai tidak mempunyai kemampuan kalis air. Tetapi dari segi spesifikasi ia hampir setanding dengan sebuah Mate 10 Pro tetapi pada harga yang lebih kompetitif dengan keadaan ekonomi semasa.

Sumber TENAA melalui WinFuture

Komen